Siri 4
Semua orang sayangkan kanak-kanak. Oleh itu, adalah penting untuk memberikan pengetahuan yang tepat dan kemahiran untuk melindungi mereka.
- Ajar anak-anak nama yang betul bahagian sulit tubuh mereka.
- Ajar anak-anak bahawa tiada siapa yang berhak menyentuh mereka tanpa kebenaran.
- Ajar anak-anak mereka berhak menyatakan tidak jika mereka rasa tidak selesa.
- Beretahu anak-anak mereka mesti dapatkan kebenaran ibubapa sebelum meninggalkan rumah, ke mana mereka ingin pergi, rancangan perjalanan dan dengan siapa mereka pergi.
- Galakkan anak-anak berterus-terang sesuatu hal yang luar biasa berlaku pada mereka.
- Ajar anak-anak jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali walaupun orang itu memberitahu dia kenal ibubapa.
- Bincang secara terbuka isu penderaan seksual dan bagaimana melindungi keselamatan diri.
- Bagi ibubapa, tumpukan perhatian dan dengar bicara anak-anak.
0 Reply to "Penderaan Seksual Kanak-Kanak"
Catat Ulasan