Foto-foto yang disiarkan ini adalah untuk rencana ini.

Semua kejadian berlaku di Malaysia.


Anda diminta berhati-hati melayari rencana ini kerana ada foto-foto yang amat mengerikan.
Foto-foto di dalam rencana ini tidak dikaitkan dengan mana-mana siatuasi di dalamnya, tetapi sebagai bahan tambahan dan panduan kepada pembaca.
Kepada mangsa berugama Islam, Al Fatihah di ucapkan dan takziah kepada keluarga, semoga mereka menerima takdir ini seadanya dan redha akan apa yang berlaku.
Harap maklum.

Tiada siapa yang mahu terbabit dalam kemalangan jalanraya
.
Apa lagi kemalangan maut.


Bagaimanapun, kemalangan sebenarnya boleh dielakkan dari berlaku, atau setidak-tidaknya impak boleh dikurangkan.
Statistik menunjukkan, punca utama kemalangan datangnya dari kelajuan.

Kenderaan yang dipandu laju biasanya akan menyebakan kenderaan akan sukar dikawal.

Selain kelajuan, faktor tayar dan cuaca menyumbang kepada impak kemalangan itu sendiri.

Dalam foto-foto yang disertakan ini, kebanyakan kemalangan yang berlaku akibat dari kelajuan yang akhirnya kenderaan gagal dikawal dan memberikan impak melampau kepada kenderaan.
Kesan hentakan kuat menyebabkan kenderaan remuk, mangsa tersepit dan ada yang tercampak keluar.

Bagi kenderaan besar seperti bas dan lori, kelajuan yang melebihi had dibenarkan menjadikan ia akhirnya gagal dikawal terutama jika sesuatu berlaku pada tayar.
Akibatnya, inilah antara yang berlaku.

Ramai mangsa yang maut atau cedera parah , bukan dari kesalahan mereka sendiri.
Ada kenderaan terutama lori dan bas, terbabas dan merempuh kenderaan di hadapannya.
Semuanya berpunca dari laju kerana kenderaan berat akan menkadi sukar dikawal jika terbabas atau tayarnya tiba-tiba pecah.


Penggunaan tali pinggang keledar juga antara sebab yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa.
Ramai dari mangsa yang maut apabila mereka tercampak keluar dari kenderaan akibat tidak memakai tali pinggang keledar.

Bagi penunggang motosikal, risikonya lebih tinggi mereka terbabit dalam kemalangan yang biasanya membawa maut
.
Kelajuan terlampau menyebabkan daya tindakbalas dan imbangan motosikal menjadi tidak stabil menyebabkan mereka tercampak keluar.

Dalam statistik di atas, untuk dua tahun 2007-2008, menunjukkan peningkatan ketara dalam jumlah kemalangan maut di seluruh negara iaitu dari 5672 kemalangan kepada 5952 kemalangan pada 2008 iaitu peningkatan sebanyak 4-9 peratus .

Tahun 2008 menyaksikan peningkatan kepada 6527 kematian berbanding 6282 kematian berbanding 2007.

Ini bermakna, dalam tahun lepas, purata kira-kira 18 orang maut setiap hari akibat kemalangan jalanraya.


Begitu juga untuk dua bulan pertama Januari-Februari tahun ini, kemalangan maut turut mencatatkan kenaikan berbanding dua bulan pertama tahun 2008.



Jumlah 67,102 Kematian sepanjang 11 tahun

Atau 6,100 purata kematian setiap tahun

Atau 16-94 purata kematian setiap hari

atau 0-7 orang maut setiap jam

(atau anggaran setiap sejam, akan ada yang maut akibat kemalangan jalanraya)

Dari statistik yang dipaparkan, situasinya amat menggerunkan malah menunjukkan betapa ramai rakyat negara ini yang mati sia-sia hanya kerana kecuaian, kerakusan dan memandu tanpa ikut peraturan.


Kesan dari terbabit dalam kemalangan:

Kajian menunjukkan, pemandu dari golongan berusia muda (17-25 tahun) merupakan pemandu yang paling ramai terbabit dalam kemalangan.

Ini kerana sifat mereka yang suka cabaran tidak bertempat,kurang pengalaman, suka mengambil risiko, aggresif, tidak sabar, tidak mematuhi udang-undang jalanraya, dan sikap mereka yang mementingkan diri sendiri.

Kajian juga menunjukkan, kebanyakan kemalangan adalah berpunca dari sikap pemanduan itu sendiri berbanding dengan faktor fizikal kenderaan yang dipandu.


Tahukah dan sedarkah anda bahawa:

Kos Perubatan
Jika seseorang tercedera dalam kemalangan, dan kemalangan itu mengakibatkan cedera parah, dia akan dibawa ke hospital menyebabkan katil hospital yang sepatutnya digunakan untuk pesakit lain, digunakan untuk menempatkan mangsa.
Sudah tentu doktor akan merawat mangsa, tetapi ia menyebabkan mangsa sakit lain akan tidak mendapat perkhidmatan segera dari doktor tersebut.

Kos Industri

Pemandu berusia muda merupakan mereka yang paling banyak membuat tuntutan pihak ketiga (3rd party claims) dalam industri insurans.
Ini menyebabkan kos untuk kemalangan jalanraya menyebabkan sebahagian Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK digunakan semata-mata untuk menyelesaikan kes kemalangan jalanraya
.
Kesan Kesihatan

Kesan dari kemalangan, tiada apa yang dapat disimpulkan selain menjurus ke arah kematian. Kemalangan teruk boleh membunuh dan telahpun membunuh ramai mangsa.
Kemalangan jalanraya juga boleh menyebabkan mangsa hangus terbakar, badan hancur diglis, menyebabkan mangsa lumpuh seumur hidup, dan membunuh mangsa lain.
Bukan sahaja mangsa yang selamat akan mengalami kecederaan fizikal, malah secara psikologinya, mereka akan mengalami trauma yang dasyat kesan dari kemalangan itu dan mungkin mereka memerlukan rawatan pakar psikologi.
Risiko

Kemalangan jalanraya bukan sahaja menyebabkan anda dan orang lain di dalam kenderaan anda cedera, malah orang lain di dalam kenderaan atau motosikal yang terbabit dengan anda.
Apabila membabitkan kemalangan teruk, seseorang boleh maut, ketakutan sepanjang hayatnya atau memerlukan rawatan psikologi.

Kesan
Kemalangan jalanraya terutama kemalangan maut memisahkan yang hidup dengan yang mati.
Yang hidup tetapi cedera parah mungkin menderita sepanjang hayat, atau tidak dapat lagi bekerja atau lumpuh samasekali.
Anak-anak dan isteri akan bertarung kehidupan tanpa ayah atau suami yang terkorban yang menyebabkan krisis kekeluargaan yang amat teruk menimpa mereka.

Perancangan

Kemalangan jalanraya memang samasekali tidak dapat dihentikan dari berlaku, tetapi dengan mengurangkan kelajuan, matang dalam tindakan, bersabar serta berhati-hati, mampu mengelak atau mengurangkan kemalangan teruk.


Pelbagai kempen di jalankan pihak berkuasa seolah-olah tiada kesudahannya.


Saya harap, foto-foto di dalam entry ini sekurang-kurang dapat menyedarkan kepada kita semua, betapa kemalangan jalanraya sebenarnya merupakan igauan paling buruk dalam hidup ini.

Oleh itu, beringatlah
.

Ingat orang tersayang
Kelajuan MEMBUNUH…



| edit post

2 Reply to "Laju - Faktor Utama Kemalangan Jalanraya"

Mata Gangsa on 9 November 2009 pada 11:35 PG

fuh,,!!

 

elegance on 17 Ogos 2012 pada 9:43 PG

Angka kemalangan dan kematian sentiasa meningkat sebab RAKYAT MALAYSIA TIDAK PERNAH MAHU BELAJAR DARI PERISTIWA YANG BERLAKU DAN MEREKA HANYA AKAN SERIK SEKIRANYA IANYA MENIMPA KE ATAS DIRI SENDIRI..(ITU PUN KALAU MASIH HIDUP). INSAFLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA TERMASUK DIRIKU SENDIRI.

 

Catat Ulasan