Siri 3
Memang sukar elakkan kenderaan daripada dicuri. Bagaimanapun dengan langkah kawalan dan menjadikan kenderaan sukar dicuri, kita akan dapat mencegah jenayah ini.
Tip mengelakkan kereta daripada dicuri
- Jangan biar enjin hidup tanpa anda mengawasinya.
- Letak kenderaan di tempat terang.
- Letak kenderaan yang boleh dilihat oleh pekerja letak kereta.
- Kunci pintu kenderaan sejurus masuk kereta.
- Pastikan semua pintu dikunci sebelum meninggalkan kereta.
- Pasang peralatan cegah kecurian seperti kunci klutch, kunci gear dan alarm.
- Cuba keluarkan radio atau pemain cakera padat apabila meninggalkan kereta.
- Kunci roda motosikal dengan mangga yang bagus.
- 'Sand blast' nombor kereta pada semua cermin tingkap serta cermin besar depan dan belakang.
- Jika anda bermotosikal, 'sand blast' di bahagian rangka motosikal.
- Jangan beri kunci pada pekerja cuci kereta atau joki yang tidak dipercayai.
0 Reply to "Curi Kenderaan"
Catat Ulasan