Ragut dan Penyeluk Saku (0)

8:30 PG by , under

Tidak senang untuk mengenali penjenayah ini kerana mereka melakukannya di tempat sesak. Peluang untuk beroleh semula barang yang hilang adalah kecil. Bagaimana dengan bijaksana, anda boleh elakkan hal ini daripada berlaku.

Tips Mengelakkan di Ragut dan Penyeluk Saku.

  • Bawa hanya sedikit wang tunai.
  • Gantung beg di bahagian depan, pastikan ditutup atau zip.
  • Jangan tinggalkan dompet atau beg anda di dalam bakul atau troli semasa membeli belah.
  • Semak dompet atau beg segera jika terdapat orang ramai bersesak dan tolak-menolak.
  • Elakkan daripada tertidur dalam pengangkutan awam atau biarkan barangan tidak terjaga.



| edit post

Jalan 25/70A
Sri Hartamas
Kuala Lumpur
28 Mei, 2009
2 petang
Petang yang sepatutnya menjadi hari yang ceria bagi keluarga ini, berakhir tragedi...

Dan kemalangan yang berlaku ini benar-benar meruntun hati sesiapa yang melihat dan berada di tempat kejadian.
Dengan sekelip mata, anak yang baru berusia 3 tahun setengah, maut di hadapan mata bapanya setelah digilis kereta yang dipandu ibu kanak-kanak malang terbabit.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di Jalan 25/70A, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Tiga sekeluarga ini baru sahaja tiba di sini untuk menikmati makan tengahari di sebuah restoran.
Suami, Eugene Chong dan anaknya, Isabel Chong, baru sahaja keluar dari kereta.
Kedua-duanya kemudian bediri di belakang kereta.
Isteri Eugene, Tan Lih Ying, yang membawa kereta, kemudian cuba membetulkan kedudukan keretanya di ruang tempat letak kereta.
Bagaimanapun, wanita terbabit dipercayai tersilap ketika memasukkan gear menyebabkan kereta Proton Wira Aeroback ini tiba-tiba meluncur laju mengundur.
Akibatnya, Isabel yang berdiri betul-betul di belakang kereta, terus dirempuh dan digilis tayar belakang dan terhimpit di bawah tayar hadapan.
Kereta terhenti setelah belakangnya terlanggar sebatang pokok hiasan.
Semuanya berlaku dengan pantas.
Isabel yang cedera parah di kepala, ditemui di bawah tayar hadapan yang tersangkut pada tebing tempat leatak kereta.
Orangramai yang terkejut dengan kejadian itu, segera memberikan bantuan dan beramai-ramai mengangkat kereta bagi mengeluarkan Isabelle yang berlumuran darah.
Sebuah ambulan dari Emergency Resources Managements yang kebetulan beribupejabat tidak jauh dari tempat kejadian, tiba bersama tiga anggota perubatan beberapa minit kemudian.
Bagaimanapun, Isabel telahpun meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala.
Dan sepanjang selepas kejadian sehinggalah pegawai penyiasat trafik tiba di tempat kejadian, Tan tidak henti-henti menangis, meraung dan meratap sambil memeluk mayat anaknya.
Suaminya termasuk beberapa orangramai, terpaksa mententeramkan Tan yang tidak dapat mengawal perasaannya.
Dan, akhirnya, apabila pegawai penyiasat trafik tiba, Tan sendiri yang mengangkat mayat anaknya ke atas pengusung.
Mayat Isabel di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.



| edit post

Penderaan Seksual Kanak-Kanak (0)

9:16 PG by , under

Siri 4

Semua orang sayangkan kanak-kanak. Oleh itu, adalah penting untuk memberikan pengetahuan yang tepat dan kemahiran untuk melindungi mereka.

  • Ajar anak-anak nama yang betul bahagian sulit tubuh mereka.
  • Ajar anak-anak bahawa tiada siapa yang berhak menyentuh mereka tanpa kebenaran.
  • Ajar anak-anak mereka berhak menyatakan tidak jika mereka rasa tidak selesa.
  • Beretahu anak-anak mereka mesti dapatkan kebenaran ibubapa sebelum meninggalkan rumah, ke mana mereka ingin pergi, rancangan perjalanan dan dengan siapa mereka pergi.
  • Galakkan anak-anak berterus-terang sesuatu hal yang luar biasa berlaku pada mereka.
  • Ajar anak-anak jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali walaupun orang itu memberitahu dia kenal ibubapa.
  • Bincang secara terbuka isu penderaan seksual dan bagaimana melindungi keselamatan diri.
  • Bagi ibubapa, tumpukan perhatian dan dengar bicara anak-anak.



| edit post

Curi Kenderaan (0)

8:48 PG by , under

Siri 3


Memang sukar elakkan kenderaan daripada dicuri. Bagaimanapun dengan langkah kawalan dan menjadikan kenderaan sukar dicuri, kita akan dapat mencegah jenayah ini.

Tip mengelakkan kereta daripada dicuri

  • Jangan biar enjin hidup tanpa anda mengawasinya.
  • Letak kenderaan di tempat terang.
  • Letak kenderaan yang boleh dilihat oleh pekerja letak kereta.
  • Kunci pintu kenderaan sejurus masuk kereta.
  • Pastikan semua pintu dikunci sebelum meninggalkan kereta.
  • Pasang peralatan cegah kecurian seperti kunci klutch, kunci gear dan alarm.
  • Cuba keluarkan radio atau pemain cakera padat apabila meninggalkan kereta.
  • Kunci roda motosikal dengan mangga yang bagus.
  • 'Sand blast' nombor kereta pada semua cermin tingkap serta cermin besar depan dan belakang.
  • Jika anda bermotosikal, 'sand blast' di bahagian rangka motosikal.
  • Jangan beri kunci pada pekerja cuci kereta atau joki yang tidak dipercayai.
* Akan datang saya akan kongsikan tips yang lain pula...



| edit post

Rogol (0)

6:04 PG by , under

Siri 2


Apabila seseorang dipaksa melekukan tingkahlaku seksual, itu dianggap sebagai rogol : satu jenayah keganasan. Kebanyakan rogol boleh dicegah. Sebahagian mangsa adalah remaja bawah 16 tahun, ada kaitan saudara dengan perogol atau rakan perogol itu sendiri.

Ikut naluri dan kepintaran anda semasa berada di luar rumah untuk mengelakkan kejadian tidak diingini ini.
  • Jika anda ibubapa, ambil tahu di mana anak-anak anda berada.
  • Jika anda keluar sendirian, beritahu ibubapa atau rakan mengenai rancangan perjalanan dan siapa yang bersama anda.
  • Berhati-hati dengan persekitaran terutamanya ditempat sunyi dan gelap.
  • Paparkan keyakinan ketika berjalan.
  • Jangan berjalan bersendirian terutamanya di waktu malam.
  • Jika gunakan pengangkutan awam, cuba duduk dengan penumpang wanita.
  • Waswas dengan orang yang tidak dikenali melepak di tempat awam.
  • Hati-hati dan keluarkan kunci lebih awal semasa berjalan ke kereta.
  • Letak kereta di tempat yang terang, minta pengawal keselamatan iring anda jika rasa tidak selamat.
  • Gunakan lif bersama orang ramai. Elak gunakan lif di tempat sunyi dengan orang yang tidak dikenali.
  • Jangan terima jemputan orang yang tidak dikenali.
  • Jangan terima minuman daripada orang yang tidak dikenali.
* Akan datang saya akan kongsikan tips-tips lain pula...



| edit post

Langkah Hindari Jenayah (0)

9:06 PG by , under

Siri 1

Semua orang terdedah pada ancaman jenayah. Namun sama ada kita sedar atau tidak, semua itu sebenarnya masih ada jalan penyelesaiannya. Dengan sendiri, kita perlu bersikap bestari dalam menangani keadaan...

1. Pecah Rumah & Samun



Jangan jadikan rumah sebagai sasaran mudah. Dua jenayah ini adalah ancaman lazim kepada kediaman kita. Khabar baiknya, ia jenayah yang paling mudah dicegah kerana pecah rumah dan samun adalah jenayah ambil kesempatan. Mangsa pecah rumah dan samun sentiasa terancam. Anda boleh mengawalnya dengan menggunakan kunci dan mangga yang berkualiti serta mengambil langkah mencegah penyamun.



Langkah-Langkah Mencegah Penyamun
  • Kunci semua pintu dan tingkap.
  • Kunci setiap pintu setiap kali keluar rumah walaupun hanya sekejap.
  • Nyalakan lampu sekitar rumah termasuk lampu di pintu masuk.
  • Potong daun dan semak yang menghalang penglihatan agar pandangan lebih jelas di waktu malam dan siang.
  • Pasang sistem kawalan beramaran.
  • Simpan semua peralatan berkebun, tanggga dan benda tajam yang boleh digunakan penjenayah sebagai senjata.
  • Gunakan peralatan elektronik mengawal waktu untuk memasang dan menutup lampu.
  • Jangan sembunyikan kunci anda di bawah alas pintu atau pasu bunga.
* Akan datang saya akan kongsikan tips-tips lain pula...



| edit post

Foto-foto yang disiarkan ini adalah untuk rencana ini.

Semua kejadian berlaku di Malaysia.


Anda diminta berhati-hati melayari rencana ini kerana ada foto-foto yang amat mengerikan.
Foto-foto di dalam rencana ini tidak dikaitkan dengan mana-mana siatuasi di dalamnya, tetapi sebagai bahan tambahan dan panduan kepada pembaca.
Kepada mangsa berugama Islam, Al Fatihah di ucapkan dan takziah kepada keluarga, semoga mereka menerima takdir ini seadanya dan redha akan apa yang berlaku.
Harap maklum.

Tiada siapa yang mahu terbabit dalam kemalangan jalanraya
.
Apa lagi kemalangan maut.


Bagaimanapun, kemalangan sebenarnya boleh dielakkan dari berlaku, atau setidak-tidaknya impak boleh dikurangkan.
Statistik menunjukkan, punca utama kemalangan datangnya dari kelajuan.

Kenderaan yang dipandu laju biasanya akan menyebakan kenderaan akan sukar dikawal.

Selain kelajuan, faktor tayar dan cuaca menyumbang kepada impak kemalangan itu sendiri.

Dalam foto-foto yang disertakan ini, kebanyakan kemalangan yang berlaku akibat dari kelajuan yang akhirnya kenderaan gagal dikawal dan memberikan impak melampau kepada kenderaan.
Kesan hentakan kuat menyebabkan kenderaan remuk, mangsa tersepit dan ada yang tercampak keluar.

Bagi kenderaan besar seperti bas dan lori, kelajuan yang melebihi had dibenarkan menjadikan ia akhirnya gagal dikawal terutama jika sesuatu berlaku pada tayar.
Akibatnya, inilah antara yang berlaku.

Ramai mangsa yang maut atau cedera parah , bukan dari kesalahan mereka sendiri.
Ada kenderaan terutama lori dan bas, terbabas dan merempuh kenderaan di hadapannya.
Semuanya berpunca dari laju kerana kenderaan berat akan menkadi sukar dikawal jika terbabas atau tayarnya tiba-tiba pecah.


Penggunaan tali pinggang keledar juga antara sebab yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa.
Ramai dari mangsa yang maut apabila mereka tercampak keluar dari kenderaan akibat tidak memakai tali pinggang keledar.

Bagi penunggang motosikal, risikonya lebih tinggi mereka terbabit dalam kemalangan yang biasanya membawa maut
.
Kelajuan terlampau menyebabkan daya tindakbalas dan imbangan motosikal menjadi tidak stabil menyebabkan mereka tercampak keluar.

Dalam statistik di atas, untuk dua tahun 2007-2008, menunjukkan peningkatan ketara dalam jumlah kemalangan maut di seluruh negara iaitu dari 5672 kemalangan kepada 5952 kemalangan pada 2008 iaitu peningkatan sebanyak 4-9 peratus .

Tahun 2008 menyaksikan peningkatan kepada 6527 kematian berbanding 6282 kematian berbanding 2007.

Ini bermakna, dalam tahun lepas, purata kira-kira 18 orang maut setiap hari akibat kemalangan jalanraya.


Begitu juga untuk dua bulan pertama Januari-Februari tahun ini, kemalangan maut turut mencatatkan kenaikan berbanding dua bulan pertama tahun 2008.



Jumlah 67,102 Kematian sepanjang 11 tahun

Atau 6,100 purata kematian setiap tahun

Atau 16-94 purata kematian setiap hari

atau 0-7 orang maut setiap jam

(atau anggaran setiap sejam, akan ada yang maut akibat kemalangan jalanraya)

Dari statistik yang dipaparkan, situasinya amat menggerunkan malah menunjukkan betapa ramai rakyat negara ini yang mati sia-sia hanya kerana kecuaian, kerakusan dan memandu tanpa ikut peraturan.


Kesan dari terbabit dalam kemalangan:

Kajian menunjukkan, pemandu dari golongan berusia muda (17-25 tahun) merupakan pemandu yang paling ramai terbabit dalam kemalangan.

Ini kerana sifat mereka yang suka cabaran tidak bertempat,kurang pengalaman, suka mengambil risiko, aggresif, tidak sabar, tidak mematuhi udang-undang jalanraya, dan sikap mereka yang mementingkan diri sendiri.

Kajian juga menunjukkan, kebanyakan kemalangan adalah berpunca dari sikap pemanduan itu sendiri berbanding dengan faktor fizikal kenderaan yang dipandu.


Tahukah dan sedarkah anda bahawa:

Kos Perubatan
Jika seseorang tercedera dalam kemalangan, dan kemalangan itu mengakibatkan cedera parah, dia akan dibawa ke hospital menyebabkan katil hospital yang sepatutnya digunakan untuk pesakit lain, digunakan untuk menempatkan mangsa.
Sudah tentu doktor akan merawat mangsa, tetapi ia menyebabkan mangsa sakit lain akan tidak mendapat perkhidmatan segera dari doktor tersebut.

Kos Industri

Pemandu berusia muda merupakan mereka yang paling banyak membuat tuntutan pihak ketiga (3rd party claims) dalam industri insurans.
Ini menyebabkan kos untuk kemalangan jalanraya menyebabkan sebahagian Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK digunakan semata-mata untuk menyelesaikan kes kemalangan jalanraya
.
Kesan Kesihatan

Kesan dari kemalangan, tiada apa yang dapat disimpulkan selain menjurus ke arah kematian. Kemalangan teruk boleh membunuh dan telahpun membunuh ramai mangsa.
Kemalangan jalanraya juga boleh menyebabkan mangsa hangus terbakar, badan hancur diglis, menyebabkan mangsa lumpuh seumur hidup, dan membunuh mangsa lain.
Bukan sahaja mangsa yang selamat akan mengalami kecederaan fizikal, malah secara psikologinya, mereka akan mengalami trauma yang dasyat kesan dari kemalangan itu dan mungkin mereka memerlukan rawatan pakar psikologi.
Risiko

Kemalangan jalanraya bukan sahaja menyebabkan anda dan orang lain di dalam kenderaan anda cedera, malah orang lain di dalam kenderaan atau motosikal yang terbabit dengan anda.
Apabila membabitkan kemalangan teruk, seseorang boleh maut, ketakutan sepanjang hayatnya atau memerlukan rawatan psikologi.

Kesan
Kemalangan jalanraya terutama kemalangan maut memisahkan yang hidup dengan yang mati.
Yang hidup tetapi cedera parah mungkin menderita sepanjang hayat, atau tidak dapat lagi bekerja atau lumpuh samasekali.
Anak-anak dan isteri akan bertarung kehidupan tanpa ayah atau suami yang terkorban yang menyebabkan krisis kekeluargaan yang amat teruk menimpa mereka.

Perancangan

Kemalangan jalanraya memang samasekali tidak dapat dihentikan dari berlaku, tetapi dengan mengurangkan kelajuan, matang dalam tindakan, bersabar serta berhati-hati, mampu mengelak atau mengurangkan kemalangan teruk.


Pelbagai kempen di jalankan pihak berkuasa seolah-olah tiada kesudahannya.


Saya harap, foto-foto di dalam entry ini sekurang-kurang dapat menyedarkan kepada kita semua, betapa kemalangan jalanraya sebenarnya merupakan igauan paling buruk dalam hidup ini.

Oleh itu, beringatlah
.

Ingat orang tersayang
Kelajuan MEMBUNUH…



| edit post