SS 14
Petaling Jaya
Selangor
29 Mei, 2009


Setakat ini, 3 mayat telah berjaya dikeluarkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang semalam.

Mayat ketiga yang ditemui jam 3-30 pagi tadi, hanya berjaya dikeluarkan jam 2-05 sebentar tadi.
Mangsa ditemui terperangkap di ruang tempat letak kereta di tingkat bawah.

Mayat pertama berjaya dikeluarkan jam jam 6-50 petang semalam, warga Indonesia bernama Mashor manakala mayat kedua ditemui jam 10-30 malam tadi.
Dan, difahamkan, sekurang-kurangnya ada 4 lagi mangsa masih terperangkap atau tertimbus di dalam runtuhan tersebut.

Dalam kejadian petang semalam, bangunan enam tinggi yang dahulunya menempatkan Jaya Supermarket, runtuh ketika kerja-kerja meroboh dan ubahsuai sedang dilakukan.

Runtuhan membabitkan kira-kira satu pertiga dari keseluruhan bangunan ini.
Ketika kejadian, terdapat kira-kira 20 hingga 30 pekerja sedang melakukan kerja-kerja sebelum proses merobohkan salah satu blok bangunan itu.
Dua pekerja cedera parah dalam usaha menyelamatkan diri ketika runtuhan berlaku.
Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat masih giat dilakukan membabitkan lebih 500 anggota penyelamat dari pelbagai agensi diketuai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed

Antara yang terlibat termasuk Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia JPAM, Pasukan Khas Mencari dan Menyelamat SMART, Rela, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Pusat Perubatan Universiti Malaya, dan Unit Anjing Pengesan.


Bangunan Jaya Supermarket yang mula dibuka 35 tahun lalu, merupakan antara pusat membeli-belah yang pertama di Petaling Jaya ketika itu, terletak di Jalan Semangat, Seksyen 14 Petaling Jaya.

Ia kemudian ditutup baru-baru ini bagi kerja-kerja ubahsuai dan naiktaraf.

Dan difahamkan, beberapa jentera berat yang berada di atas bangunan ketika kerja-kerja meruntuhkan bangunan ini, menjadi punca kejadian ini berlaku kerana struktur bangunan ini tidak dapat menampung berat berlebihan jentera tersebut.




| edit post

0 Reply to "Susulan Runtuhan Bekas Bangunan Jaya Supermarket"

Catat Ulasan