Km 433-7 Lebuhraya Utara Selatan
Arah Utara
Bukit Beruntung
jam 10 pagi

Adalah satu situasi yang amat sukar bagi seseorang untuk menyampaikan khabar buruk kepada ahli keluarga.

Apatah lagi, perkhabaran itu membabitkan berita kematian.

Itulah yang berlaku dalam kes ini dan juga kes-kes kematian membabitkan kemalangan jalanraya sebelum ini.
.
Kepada anda yang tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari telefon bimbit ahli keluarga anda, tetapi yang kedengaran adalah suara orang lain, maka bersiap sedialah.

Begitu juga apabila telefon di rumah atau telefon bimbit anda keluar nombor pelik-pelik atau seperti last 4 digitnya ada '2222' ke.
Maka bersiap-sedialah...Biasanya, anda akan mendapat berita yang paling buruk dalam hidup anda...
.
Dalam berita yang anda baca ini, begitulah juga yang terjadi, apabila polis menemui telefon bimbit mangsa, dan terdapat panggilan tidak berjawab di skrinnya.

Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM 433-7 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berhampiran susur ke Bukit Beruntung.
.
Kira-kira 10 minit sebelum itu, sebuah lori tanah tanpa muatan, berhenti di lorong kecemasan.

Tayar hadapan kirinya pecah.
Sebuah segitiga isyarat kecemasan diletakkan tidak jauh dari lori terbabit.
Bagaimanapun, ketika kerja-kerja menukar tayar dilakukan, tiba-tiba sebuah motosikal merempuh belakang lori ini.

Menurut Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supritendan Che Husin Omar, motosikal terbabit dipercayai ditunggang laju menyebabkan penunggangnya tidak menyedari atau tidak sempat mengelak lori terbabit ketika melalui lorong kecemasan itu.

Penunggang motosikal yang cedera parah di muka, tercampak ke lorong kiri lebuhraya dan nyaris pula digilis kenderaan lain.
Mustafa Mohd Karin @ Sharin, 39 tahun, yang menetap di Bukit Beruntung, maut di tempat kejadian.

Berdasarkan pemeriksaan di dalam beg yang di bawanya, Mustafa dipercayai baru sahaja mendapat gaji bulan Meinya berdasarkan slip gaji yang ditemui.
Sejumlah wang tunai, beberapa buah buku bank, pelbagai bil yang telah dikepilkan dengan wang, ditemui di dalam begnya.

Dipercayai, arwah telah menyiapkan/mengenapikan sejumlah wang sebaik mendapat gajinya untuk melunaskan hutang dan bil serta untuk memasukkan wang ke dalam akaun-akaun bank anak-anaknya.

Mangsa bekerja di kilang percetakan, Tiew Wah Press, Petaling Jaya.
Sebuah telefon bimbit milik mangsa ditemui di dalam beg dan polis membuat panggilan telefon kepada satu nombor terakhir yang tidak dijawabnya.
.
Panggilan telefon kemudian dibuat kepada nombor tertera.

"Ya...saya isteri dia. Kenapa encik?"
"Macamni. Puan diminta datang ke Hospital Kuala Kubu Bharu. Encik Mustafa kemalangan."
Itu sahaja yang mampu dikhabarkan...

Dan kepada saksi kemalangan ini, anda diminta menghubungi Balai Trafik Hulu Selangor bagi membantu siasatan.



| edit post

0 Reply to "Lagi Penunggang Motosikal Maut Di Lorong Kecemasan"

Catat Ulasan