Mati Atas Motosikal (0)

9:18 PG by , under




Keadaan Sin Kean (gambar kecil) yang mati terperosok atas motosikal di Lebuh Raya BORR di Butterworth kelmarin.




BUTTERWORTH - Seorang remaja maut dalam keadaan terperosok di atas motosikal yang ditungganginya selepas ia merempuh sebuah kren di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) berhampiran Plaza Tol Bagan di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Zulkifli Alias berkata, dalam kemalangan pada pukul 11.30 malam itu, Lau Sin Kean, 17, seorang mekanik dalam perjalanan dari Bagan menuju ke bandar ini.

"Tiba di tempat kejadian, motosikal Sin Kean merempuh belakang kren yang menjalankan kerja-kerja membaiki lampu jalan," kata beliau semasa dihubungi semalam.



Orang ramai membantu mengalihkan mayat Sin Kean yang mati selepas motosikalnya terlanggar belakang kren.

Menurut beliau, mangsa semasa kejadian dipercayai menunggang motosikal dengan laju sehingga motosikalnya melekat pada belakang kren itu.



| edit post

0 Reply to "Mati Atas Motosikal"

Catat Ulasan